[:]Ramai isteri mengadu & mengeluh suami tidak romantik selepas berkahwin. Jika sebelum kahwin, boleh dikatakan setiap jam nak msg, telefon.. bergayut berjam2. Kemudian di akhir perbualan pasti akan ada ucapan "SAYA SAYANG AWAK" Tapi lepas kahwin jangankan nak telefon, SMS pun balas ‘OK‘ sahaja. Paling tak tahan balas ‘K‘ pun ada selepas si isteri pesan macam-macam. Adoiii..
[:]Kalau nasib dapat isteri yang ‘over dramatic‘ mesti ada yang merajuk dan kadang2 ada yang mula fikir suami ada perempuan lain. Apa yang susah sangat suami nak cakap ‘I love you’ kepada isteri sendiri ni? Jatuh ke ego? Atau mungkin uolsss sendiri sebagai isteri yang tidak faham body language atau cara suami yang selalu sampaikan mesej cintanya indirectly. Ingin tahu antara body language dan juga cara indirectly yang misteri sangat tu? Teruskan membaca artikal ini.. Hehehe..
1. SUAMI YANG MEMBIARKAN ISTERINYA MEMILIH
[:]Ramai tidak perasan tanda yang ini sebenarnya salah satu tanda suami sayang isteri yg paling penting. Jika memilih corak dan warna langsir, suami akan minta isteri pilih dan buat keputusan. Jika ingin beli peti sejuk baru, suami juga akan serahkan pada isteri.
[:]Kalau uolsss berdua keluar menonton wayang, si suami akan memberi hak memilih kepada si isteri. Jika ke kedai makan, suami biasanya akan tanya isteri, “Ayang nak makan kat mana?”.
[:]Dia lebih mementingkan citarasa si isteri daripada citarasanya sendiri. Begitu juga ketika memilih sofa baru, meja makan baru, warna kereta, warna dinding rumah, destinasi percutian mahupun warna baju, dia lebih senang dengan pilihan si isteri. Jangan salah sangka pula. Bukan si suami tunduk kepada si isteri tetapi perkara ini adalah benar2 menunjukkan si suami betul2 sayangkan isterinya sehinggakan dirinya sendiri diletakkan di tempat kedua.
[:]Sekali lagi diingatkan, ini bukan queen control okay!!
2. SUAMI YANG RINGANKAN TULANG, RAJIN MEMBANTU ISTERI
[:]Suami sis sangat2 busy.. Dalam seminggu hanya 2 atau 3 hari sahaja kami free duduk kat rumah.
[:]Tapi sis perasan, pada masa2 yang terhad di rumah inilah dia akan cuba membantu saya mengemas rumah, basuh tandas, basuh baju (masukkan kain dalam mesin sahaja tapi tetap bermakna), jaga anak dan mcm2 lagi. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa sis lakukan tanpa minta tlng. Sis percaya pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya salah satu cara untuk dia menunjukkan yang dia ambil berat tentang sis.
3. SUAMI YANG MEMINTA NASIHAT DARI ISTERI
[:]Apabila suami uolsss minta pendapat atau nasihat dari uolsss, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada uolsss tetapi dia juga mahu uolsss tahu yang dia percayakan uolsss dan perlukan bimbingan uolsss..
[:]Untuk pengetahuan uolsss, adalah amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan dari seseorang lebih2 lagi isterinya sendiri. Jadi, jika suami uolsss perlukan nasihat dari uolsss, itu maknanya dia betul2 menghormati, menyayangi malah benar2 percayakan uolsss. Itu juga bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk uolsss tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh si isteri.
4. SUAMI YANG PEGANG TANGAN ISTERI
[:]Sebelum kahwin pegang tangan, selepas kahwin juga masih pegang tangan.
[:]Tahniahlah! Suami uolsss memang sayangkan uolsss kalau dia masih pengan tangan uolsss lepas kahwin.. Hehehe..
[:]Inilah tanda suami sayang isteri, yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau uolsss berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan uolsss, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan seksual dan cara paling mudah si suami menunjukkan perasaan hatinya.
5. SUAMI YANG SHOPPING UNTUK ISTERI
[:]Samada dia beli-belah bersama dengan atau dia membeli sesuatu untuk uolsss semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika suami tu bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar menyayangi.
[:]Mungkin ada antara yang tertanya-tanya, apa kena mengena shopping dengan sayang? Contohnya begini. Baca dab fahamkan.. Hehe.. Sis selalu menyuruh suami sis membeli groceries semasa dia di dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada sis. Dia tahu memang tidak gemar ke pasaraya untuk membeli keperluan rumah. Sehinggalah pada suatu hari sis dapat tahu yang dia sebenarnya juga tidak begitu gemar ke pasaraya. Namun dia lakukan juga kerana dia sayangkan sis.
[:]Adakah suami anda pernah dan selalu buat begini? Ketahuilah dia sebenarnya benar2 sayangkan uolss dan ini adalah salah satu isyarat cintanya.
6. YANG SUDI MENJADI PENDENGAR SETIA
[:]Terangguk-angguk bila isteri bercerita tentang perkara seharian. Tambahan lagi jika ada gosip hangat di pejabat, yang panas seperti baru keluar oven. Walaupun telefon bimbit masih di tangan, suami masih lagi mendengar tanpa mencelah. Sesekali mata suami masih mencuri-curi lihat mesej Whatsapp. Sambil mulutnya menjawab, “Ohhh… aahhhhh”.
[:]Jangan tidak percaya, ini salah satu tanda suami sayang isteri!
[:]Majoriti wanita di dunia ini memang ada banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka, betul tak? hehe... Lelaki yang bersedia duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati kita tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan, percayalah..HE’S DEFINITELY LOVE YOU.
7. SENYUMAN MANIS SUAMI
[:]Masih ingat lagi senyuman pertama saat pertama kali uolsss dan suami bertemu? Bagaimana senyuman itu memberi impak besar di dalam hidup uolsss. Impak senyuman sama seperti pegangan tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat2 manis berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada kita, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa uolsss sedar.
8. SUAMI YANG IKHLAS DALAM MEMBERI
[:]Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian atau pun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami kita mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk kita, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya kita di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan kita dan mungkin juga tidak. Kata2 sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata2. Pandang tepat ke mata suami uolsss dan selami hatinya. uolsss akan dapat jawapannya di situ.
AKHIR KATA
[:]Di dalam dunia lelaki, cinta lebih mudah dilafazkan melalui perbuatan daripada kata2. Bagi mereka, itu adalah tanda suami sayang isteri. Mungkin ada yang disalah-tafsirkan oleh isteri. Mungkin juga ada di antara isyarat di atas sering dilakukan oleh suami.. tetapi tidak ambil kisah. Banyak tanda suami sayang isteri yang ditunjukkan, namun ada yang tidak perasan isyarat itu.
[:]Semoga dengan perkongsian sis ini para isteri akan lebih memahami dan lebih peka dalam semua isyarat yang cuba disampaikan oleh suami uolsss. Hehehe..
from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2hTGVxx
WAJIB BACA!!! INILAH DIANTARA TANDA-TANDA SUAMI SAYANGKAN ISTERI - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah
0 Response to "WAJIB BACA!!! INILAH DIANTARA TANDA-TANDA SUAMI SAYANGKAN ISTERI - Resep Maskan"
Post a Comment