m,m,vm, Pahala Menyebut 'La illaha ilallah' [Baca Dan Sebarkan!!] - Resep Maskan | Masakan Enak

Pahala Menyebut 'La illaha ilallah' [Baca Dan Sebarkan!!] - Resep Maskan



;;Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

;;Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

;;Sahabat yang di rahmati Allah,

;;Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.

;;Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”

;;Nabi Musa bertanya lagi: “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”

;;Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?” Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata.”

;;Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu.” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”

;;Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.

;;Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.”

;;Maka burung itu berkata: “Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa illaha illallah’ hingga hari kiamat.

;;Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.

;;Dikisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”

;;Allah berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”

;;Abu Lait berkata; “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.”

;;Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan ‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca ‘Alhamdulillah.’

;;Jika terlanjut mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.

;;Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘Laa illaha illallah’ siang dan malam.

from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2hcGX28
Pahala Menyebut 'La illaha ilallah' [Baca Dan Sebarkan!!] - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahala Menyebut 'La illaha ilallah' [Baca Dan Sebarkan!!] - Resep Maskan"

Post a Comment