[:]Ada orang selalu merungut kenapa selalu tak dapat apa yang orang lain dapat? Dia seperti merasa kosong. Merasa kehidupannya teruk.
[:]Siapa yang berani kata yang orang lain tidak pernah merasai kekosongan itu. Ada masa dan ketika perasaan itu datang. Mungkin kekosongan itu merujuk kepada kehidupan peribadi atau kehidupan professional kita. Cuma yang berbeza ialah berapa kekerapan atau berapa lama perasaan itu bermaharajalela dalam hati.
[:]Ada orang yang terus berkata “Mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar”. Betul dan itulah yang sebaiknya. Tetapi bantuan Allah itu hanya datang melalui usaha yang manusia lakukan. Jadi apa yang boleh kita buat?
[:]Berhenti menganggap yang harapan kita selama ini pasti menjadi kenyataan. Ya, kita boleh meletak harapan kepada apa dan sesiapa sahaja. Semakin kuat kita mengharap semakin tinggi risiko kita merasa ‘sakit’ jika itu tidak menjadi kenyataan.
[:]Bila uolsss hantar teks kepada seseorang dan orang itu tidak membalasnya, apa yang uolsss rasa? kita tolong seseorang dan orang tidak balas terima kasih pada uolsss, apa yang uolsss rasa? uolsss telah berbudi dan berjasa kepada suami tetapi dia tidak mengenang pun jasa itu, apa yang uolsss rasa?
Kitaran yang berulang2 ini mula membuatkan uolsss merasa tidak berharga. Apa pengajarannya? Lupakanlah untuk mengharap balasan. Jangan jadikan bantuan dan jasa uolsss itu terlalu peribadi. Ikhlaskan hati dan biarlah Allah yang memberikan rahmatNya atas apa perbuatan baik yang uolsss lakukan itu.
[:]Jangan fikir uolsss sahaja yang ‘malang’. uolsss rasa suami uolsss teruk. Yang mungkin betul tapi percayalah ada suami orang lain yang 10 kali lebih teruk. Cuba dengar kisah dan cerita orang lain. Betapa kerasnya kehidupan yang mereka lalui. Lihat, dengar dan rasakan dari sudut pandang berbeza. Betapa bertuahnya uolsss. Hidup uolsss tidaklah seteruk mana.
[:]Uolsss faham maksud, sudah jatuh ditimpa tangga. Sejak kebelakangan ini uolsss rasa peribahasa itu seperti dijadikan khas untuk uolsss. Minggu lepas uolsss dibuang kerja. Semalam dapat tahu yang suami sudah kahwin lain. Anak pula seperti tidak ada masa lain untuk sakit. Malam tadi duit uolsss kena curi dan hari ini uolsss demam selsema. Segalanya seperti berpakat untuk menganayai uolsss.
Bertenang, tidak ada orang yang jatuh kemudan betul2 ditimpa tangga. Betul orang itu jatuh tetapi tangga itu jatuh ke arah tempat lain. Itu hanyalah bayangan yang direka2. Hidup uolsss lebih waras daripada bayangan hitam yang uolsss rasai itu.
[:]Ada orang yang mengatakan bahawa orang yang tidak terlalu takut mengambil risiko pastinya hidupnya sangat membosankan. Segala2nya statik seperti air bertakung. Air bertakung tidak ada gunanya kecuali menjadi tempat pembiakan nyamuk eades sahaja. Jadi apa kata kita mengubah diri. Beranikan diri mencabar keupayaan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa depan. Risiko memang ada dan itulah cabarannya. Sepuluh, dua puluh atau lima puluh akan datang dan seandainya umur panjang, itu semualah yang akan memberikan kepuasan.
[:] Ni sis nak pesan sangat2 kat uolss semua.. Jangan gemar sangat membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Memang seronok memuja hijau rumput di laman rumah hingga terlupa subur rumput di laman sendiri. Rumah dia lebih cantik. Suami dia lebih baik. Anak dia lebih pandai dan macam2 la lagi. Memang secara fitrahnya hati manusia lebih mengira yang yang dia tidak dapat berbanding apa yg sedang dia miliki. Uolsss tahu tak ada orang lain yang ingin berada dalam kehidupan uolsss sekarang?
[:]Apa pun yg pandangan, cuba renungkan kenapa diri sendiri tidak boleh maaf dan terus lupakan? Ya, mungkin mudah di mulut tetapi apa pula untungkan jika sis dapat membuktikan yg dia salah? Memang dia betul.
[:]Memaafkan itu hanya sekali tetapi terus mengingati kesalahan orang itu sebenarnya masih menggunakan tenaga mental. Jadi apa kata selepas ini kita usaha, maaf, lupakan tetapi lebih berhati2 selepas ini.
Terima kasih sudi membaca apa yang sis bebelkan ini.. Hehehe..
Jom like page RESEPI SHEILA RUSLY
from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2hFCVDt
TAK PERLU BANDINGKAN HIDUP ORANG LAIN DENGAN HIDUP KITA KALAU NAK BAHAGIA - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah
0 Response to "TAK PERLU BANDINGKAN HIDUP ORANG LAIN DENGAN HIDUP KITA KALAU NAK BAHAGIA - Resep Maskan"
Post a Comment