m,m,vm, Cara Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Opah Yang Enak | Masakan Enak

Cara Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Opah Yang Enak

Cara Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Opah Yang Enak
Cara-Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Yang Enak

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Segenggam ikan bilis 
  • 5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan
  • 10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan
  • 5 biji bawang merah kecil @ 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi

Bahan tambahan, jika suka:
  • 1 biji bawang putih - digoreng
  • 1 inci belacan - dibakar hingga harum

Cara-caranya :
  • Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
  • Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
  • Perahkan limau kasturi, gaul rata.
  • Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran uolsss

Selamat mencuba guysss..


Cara-Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Opah Yang Enak - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Cara Yang Paling Simple Membuat Sambal Toktok Opah Yang Enak"

Post a Comment