Assalamualaikum guysss.. Kali ni sis nak share khasiat dan kebaikkan buah betik yang ramai orang kita tak tahu.. Jom kita baca sama2 kebaikkan dan khasiat yang ada pada buah betik ni..
Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.
1) Sebagai tonik tambahan
- Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi sembelit dan bawasir
- Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
- Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
Sekian sahaja yang dapat sis dapat kongsikan, lepas ni sama2 kita makan betik banyak2 ye.. Hehehe..
from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2gW7Kzt
Subhanallah!! Inilah Khasiat dan Kebaikan Buah Betik Yang Sebenar. [WAJIB BACA!!] - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah
0 Response to "Subhanallah!! Inilah Khasiat dan Kebaikan Buah Betik Yang Sebenar. [WAJIB BACA!!] - Resep Maskan"
Post a Comment