m,m,vm, 13 Tips Dari Dr. Fadhilah Kamsah Untuk Tangani Anak Yang Degil dan Liar - Resep Maskan | Masakan Enak

13 Tips Dari Dr. Fadhilah Kamsah Untuk Tangani Anak Yang Degil dan Liar - Resep Maskan


Uolsss mesti nakkan yang terbaik untuk anak2.. betul tak?? Kalau nak jom ikuti tips dibawah:

[:]Tips yang pertama : Anak yang kurang penghargaan di rumah, akan cuba cari penghargaan di luar.

  • Beri perhatian kepada anak2. Terutamanya ketika anak2 ini menunjukkan sesautu yang boleh dibanggakan..contohnya pencapaian di sekolah..Dia akan mula mencari teman yang boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama temannya itu.


[:]Tips yang kedua : Anak degil kerana kita degil dengan Allah

  • Semak balik hubungan kita dengan Allah, kalau renggang, bermakna semakin renggang hubungan kita dengan manusia. Apabila rapat hubungan kita dengan Allah, Allah akan merapatkan dan memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak2 dan suami.


[:]Tips yang ketiga : Sombong, Tidak dan kurang berdoa

  • Doa senjata orang mukmin. Ramai ibu bapa mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah secara spesifik dan sungguh2 terutamanya pada waktu mustajab berdoa. Sebut nama anak.


[:]Tips yang keempat : Masa anak tidur, bacakan surah di ubun-ubun

  • Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha dan Surah Lukman. Selawat. Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata dan bayangkan apa yang kita nak bagitau anak kita. Ucapkan kata-kata yang lembut dan baik yang anak suka mendengarnya.


[:]Tips yang kelima : Dari kecil, anak mencontohi dan menyerap perangai kita

  • Seboleh-boleh elakkan mengeluarkan perkataan yang kesat dan kasar ketika bercakap dengan anak. Elakkan juga tingkahlaku kasar di hadapan mereka. Anak2 adalah cermin ibu bapa.


[:]Tips yang keenam : Jangan melabel anak

  • Label seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut' dan apa saja label negatif kepada anak akan menjadi sistem kepercayaan yang tertanam dalam minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan apabila dewasa anak akan menjadi seperti yang kita selalu labelkan tersebut.


[:]Tips yang ketujuh : Anak suka bergaduh dari kecil

  • Kurangkan pendedahan  kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Jangan biarkan anak menonton tv sehingga tertidur kerana visual ganas itu tadi akan masuk ke alam separa sedar anak kita.
  • Beri nasihat kenapa tak boleh bergaduh dan sebagainya. Ceritakan juga hukuman Allah dalam Al-Quran kepada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah-kisah Nabi dan tauladan.


[:]Tips yang kelapan : Anak suka mencuri

  • Semak balik punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Adakah terdapat unsur - unsur syubhah dan haram walau sedikitpun. Apabila kita mengambil harta orang dengan cara yang salah dan orang tidak rela, beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.
  • Tips yang kesembilan : Biasakan anak ke surau, masjid untuk bersolat jemaah dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.


[:]Tips yang kesepuluh : Banyakkan guna perkataan bermaksud 'ajakan', bukan 'suruhan'

  • Kebanyakan manusia tidak suka disuruh-suruh/diperintah tetapi lebih suka di ajak bersama.


[:]Tips yang kesebelas : Jangan malu untuk puji anak walau dia buat sekecil-kecil kebaikan.

  • Manusia memang suka di puji terutama anak2 kerana dengan itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Ini akan meningkatkan self-esteem diri anak.


[:]Tips yang keduabelas : Berkawan dengan kawan anak

  • Ajak kawan2 anak kita datang kerumah sekali sekala, jamu makan dan bersembang supaya kita dapat mengenali mereka.


[:]Tips yang ketigabelas : Anak berperangai kasar

  • Kasar tidak terjadi secara semulajadi, ia terbentuk daripada suasana persekitaran sejak kecil. Jika ibu bapanya berperangai kasar, begitulah anaknya. Ubah diri sendiri dahulu.


#Sis harap 13 tips ini dapat membantu uolsss dalam menangani masalah kelakuan kasar dan buruk anak2. Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri.

#Jadi manusia yang baik, dapat jodoh yang baik, amalkan amalan yang baik semasa mengandung, makan makanan yang halal dan baik, lakukan amalan2 mengikut sunnah dan syariat serta doa yang baik2.

#Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Kalau dalaman kita baik, insyaAllah luaran pun baik juga.

Sekian.. Dipersilakan share..

            Jom like page RESEPI SHEILA RUSLY
                 

from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2i71MAR
13 Tips Dari Dr. Fadhilah Kamsah Untuk Tangani Anak Yang Degil dan Liar - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "13 Tips Dari Dr. Fadhilah Kamsah Untuk Tangani Anak Yang Degil dan Liar - Resep Maskan"

Post a Comment