m,m,vm, 6 Petua Untuk Memikat Kasih Sayang En.Suami [ Baca Dan Sebarkan! ] | Masakan Enak

6 Petua Untuk Memikat Kasih Sayang En.Suami [ Baca Dan Sebarkan! ]

Gambar sekadar hiasan
Petua dan layanan di bawah ini amat sesuai dipraktikkan untuk uolsss yang pulang bekerja lebih awal dari suami atau pun suri rumah

Cuba perhati, ada tak yang uolsss lakukan.. Hehe..

#1. Memperlihatkan simpati
  • Fahami peranan en.suami yang di bahunya terletak tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Jika semua isteri memahami keadaan e.nsuami yang bekerja keras selama di tempat kerja demi meraih rezeki maka en.suami akan lebih menghargai kepulangannya.
  • Raikan en.suami dan tunjukkan rasa simpati atas kepenatannya bekerja. ‘Abang penat ya, sayang buatkan air ya’ cara ini saja sudah menyejukkan hati suami. Nampak macam scene drama tapi hakikatnya inilah petua yang dipraktikkan mak2 kita dedulu. Jangan sesekali buat tidak endah kepulangan suami kerana ia akan nampak macam uolsss tidak menghormati dirinya.

#2. Senyuman manis
  • Senyuman manis isteri adalah senjata paling berkesan untuk membuat hati en.suami berbunga-bunga. Oleh itu bila en.suami pulang, lemparkan senyuman kepadanya. Jangan tunjukkan wajah yang masam walaupun uolsss sedang kepenatan atau punya masalah besar. Ingat tu!!

#3. Berpenampilan menarik
  • Tip ini memang ramai wanita akan mempertikaikannya terutama yang bekerja. Ya lah mana sempat nak cantik2 kalau balik rumah terus kena buat kerja. Sebenarnya en.suami tak mengharap isteri bersolek mampan untuk menyambutnya pulang.
  • Jika masih berbaju kerja pun tak mengapa, asal rambut jangan kusut masai. Pastikan juga wajah dan pakaian bersih serta badan tidak berbau. En.Suami sendiri pun lebih suka isteri kelihatan natural.
  • Tapi bagi suri rumah pula, tak salah uolsss siapkan diri dengan kesempatan yang ada. Mandi dan ganti kain batik dan baju T yang berbau masakan dengan pakaian bersih. Boleh juga kenakan secalit gincu losyen badan agar berbau wangi dan tampak segar di mata en.suami. Tak perlu berlebih-lebihan sangat.. Hehehe...

#4. Sediakan keperluan en.suami
  • Sebagai contoh jika en.suami pulang naik motor sudah tentu dia akan berasa dahaga menempuh perjalanan yang panas, oleh itu uolsss sebaiknya sediakan air untuk en.suami. Atau jika en.suami biasa makan sebaik tiba di rumah maka sediakan hidangan untuk dieorang. Kebiasaan en.suami ni mungkin tidak sama tapi apapun siapkan keperluan en.suami sebelum dia pulang.

#5. Biarkan en.suami uolsss berehat seketika
  • Apa juga masalah yang berlaku pada uolsss hari itu, jangan sesekali luahkan sebaik suami tiba di rumah. Berikan en.suami tu masa untuk berehat. Jangan juga melontarkan pertanyaan-pertanyaan yang memancing pertengkaran. Luahkan perkara itu selepas dia menjamu selera dan penatnya hilang. Ketika itu fikiran suami lebih tenang dan dia ebih bersedia mendengar masalah uolsss.

#6. Uolsss buat suasana rumah nyaman dan menyenangkan
  • Pastikan suasana rumah kemas, tiada surat khabar, pakaian atau mainan anak berterabur di ruang tamu. Meski sebelum itu rumah tunggang langgang tapi usahakan untuk mengemaskannya sebelum en.suami tiba. Kalau uolsss serabut tengok rumah bersepah, en. sumai apatah lagi.. tak gitu.. Hehehe...

Jika diperhatikan sebenarnya semua cara ini bukan sukar dan memerlukan usaha yang banyak untuk dilakukan. Antara mahu tak mahu saja, tapi sebaiknya mulakan seawal mendirikan rumah tangga agar ia menjadi kebiasaan. Selamat beramal guysss..

Share sekiranya ia bermanafaat untuk semua.. Thank You..


6 Petua Untuk Memikat Kasih Sayang En.Suami [ Baca Dan Sebarkan! ] - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "6 Petua Untuk Memikat Kasih Sayang En.Suami [ Baca Dan Sebarkan! ]"

Post a Comment