Cara-cara yang paling mudah untuk buat Donut Ala Ala Big Apple
[:]Bahan-bahan yang perlu untuk Donut Ala Ala Big Apple
- 1/2 kilogram tepung gandum
- 3 sudu makan marjerin
- 1/2 cawan susu pekat
- Seketul mauripan sebesar ibu jari atau yis basah
- Secawan air suam
- 1/2 sudu makan gula
[:]Cara-cara untuk Membuat Donut Ala Big Apple
- Campurkan air suam, yis, gula dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.
- Bahan-bahan tersebut perlu dipukul rata dan ketepikan.
- Anda perlu biarkan bahan tersebut berbuih.
- Sementara itu, ambil bekas lain dan masukkan tepung, marjerin dan susu pekat.
- Anda perlu gaul rata sehingga bahan-bahan tersebut berderai.
- Masukkan yis yang telah anda ketepikan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut.
- Uli bahan-bahan tersebut sehingga menjadi doh.
- Anda perlu leperkan adunan tersebut di atas dulang dan tekapkan dengan acuan.
- Anda boleh menggunakan cawan plastik sekiranya anda tidak mempunyai acuan.
- Besar donut tersebut bergantung kepada citarasa anda.
- Biarkan beberapa minit sehingga doh naik.
- Selepas doh naik, barulah anda boleh menggoreng donut tersebut dengan api yang sederhana.
- Sekiranya donut anda sudah agak garing, angkat dan golekkan donut anda di atas gula kaster.
- Pastikan anda menggolekkan donut semasa donut anda masih panas supaya gulanya melekat.
[:]Bahan-bahan untuk Krim Keju
- 1 cawan susu pekat
- 150 gram krim keju
[:]Cara-cara untuk Membuat Krim Keju
- Pukul kedua-dua bahan tersebut sehingga lembut dan sebati.
- Kemudian,anda ambil donut anda dan oleskan keju tersebut di atasnya.
- Anda boleh parutkan cheesedale sebagai hiasan di atasnya.
[:]P/S : Donut yg telah siap sedia blh dihidangkan bersama coklat panas atau kopi atau teh mengikut citarasa masing2. Hidangan resepi donut big apple ini boleh dihidang semasa minum petang atau sebagai sarapan pagi anda. Selain itu, anda boleh menghidangkannya kepada tetamu yang hadir ke rumah anda
Selamat mencuba!
from Klik Disini http://viid.me/qp6YHY /2hM8ScY
Cara-cara yang paling mudah untuk buat Donut Ala Ala Big Apple - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah
0 Response to "Cara-cara yang paling mudah untuk buat Donut Ala Ala Big Apple - Resep Maskan"
Post a Comment